PERHATIAN BUAT ANDA PENDERMA BUDIMAN
Gandakan Pahala Ramadan
Bina Tahfiz Untuk Anak-Anak Asnaf.
3 Sebab Bantuan Anda diperlukan Untuk Tahfiz MATIZ Kerana:
Pertama, Tahfiz sedia ada rosak dan uzur di makan anai-anai.
Kedua, ruang yang sempit dengan hanya 2 bangunan seteres untuk menampung anak tahfiz.
Ketiga, bangunan tidak selamat kerana terlalu uzur.
Bantuan Anda Beri Peluang Kepada Anak-anak Asnaf menjadi penghafaz al-Quran.
Bayangkan apa yang anda dapat bila berwakaf untuk penghafal al-Quran.
Satu ayat yang dihafal dan digunakannya seluruh hidupnya anda akan mendapat pahalanya.
Begitu juga saat anak-anak tahfiz ini mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
Pahalanya juga akan terus mengalir kepada anda.
Tanpa henti. Selamanya mengalir selagi tahfiz ini digunakan oleh anak-anak tahfiz.
Ini sebablah wakaf anda sangat diperlukan dalam memastikan anak-anak asnaf dan anak tahfiz ini dapat belajar dengan baik disini.
Anak-anak MATIZ yang sedang menghafaz al-Quran.
Pahala Wakaf ibaratnya umur amalan itu masih panjang. Walaupun dah meninggal.
Pahala masih tetap berjalan.
Hanya yang tinggal amalan yang beri hasil pahala tanpa putus seperti wakaf.
Bahkan pahala wakaf juga boleh diberikan ke atas mak ayah atau ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.
5 Pahala yang terus mengalir untuk Anda:
Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda.
Tanpa Ragu Bantu MATIZ. Kerana ia di iktiraf sebagai tahfiz berdaftar.
Sijil Pendaftaran dengan Pejabat Agama Selangor
Setiap Sen Bantuan Anda akan digunakan untuk Membina bangunan baru.
Bagi menggantikan tahfiz lama yang uzur dan rosak.
![]()





Bantuan Anda akan jadi batu-bata binaan Tahfiz Baru.
SEPERTI DI BAWAH
Bukan itu saja. MATIZ juga memberi tawaran istimewa pahala puasa penghafaz al-Quran melalui:
Istimewa beri orang puasa berbuka ialah pahalanya adalah direct terus daripada Allah SWT.Rugi untuk dilepaskan. |
Bagi anda yang ingin berwakaf sambil menaja buka puasa anak tahfiz.
Ataupun ingin membuat bacaan tahlil arwah keluarga boleh :
KLIK & PILIH LOT WAKAF DI BAWAH
Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.
Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya.
Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya."
(HR Muslim).
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Sumbangan secara manual boleh di buat melalui:
MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYYAH
5625 0852 1290(MAYBANK)
====
TENTANG MATIZ
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah madrasah.
Pada awalnya maahad beroperasi di Hulu Langat, Selangor secara di premis yang disewa sebelum berpindah pada tahun 2016 di Pajam, Negeri Sembilan.
Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Tuan Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan bersama bonda beliau iaitu Puan Puteri Sayang Binti Abdul Ghaffar serta ayahanda beliau iaitu Tuan Mohd Shahridzuan Shashee . Madrasah ini juga merupakan salah satu kepunyaan keluarga Ustaz sendiri.
Segala puji bagi Allah Ta’ala , pada tahun akhir 2017, Madrasah ini diwaqafkan daripada seorang guru di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling iaitu Maulana Ismail Mat Deris.
Pada asalnya Madrasah ini juga merupakan salah satu tempat Madrasah lama tetapi Madrasah tersebut telah berpindah menyebabkan tidak beroperasi selama 2 tahun .
Atas kepercayaan Maulana Ismail terhadap al-Fadhil Ustaz, maka ia diwaqafkan untuk Madrasah ini. Madrasah ini juga mempunyai lot kecil berukuran 60 x 90 selot iaitu pemilik asalnya adalah Tuan Miskan Bin Surip dan dibeli oleh Siti Meryam Bt Shari yang merupakan ibu mertua Maulana Ismail.
Madrasah ini mempunyai dua bangunan panjang seperti bangunan Sekolah Agama Kafa mempunyai tiga bilik guru, asrama, tandas pelajar, surau dan kawasan riadhah. Dan di sini pelajar hanyalah lelaki sahaja. Pengurusan Madrasah ditadbir oleh sebuah jawatankuasa sendiri .
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zaidiyyah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan. Ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah & akhlaq yang sangat-sangat memerlukan pendidikan al-Quran dan agama berdasarkan fahaman aqidah ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagai pelengkap, pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini. Peningkatan permintaan memasuki Madrasah ini terus meningkat dari masa ke semasa
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.