Andai ini Ramadan Terakhir Kita..
Rebut Pahala berganda
Dengan sedekah Ramadan kepada tahfiz asnaf Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah Bukit Lanchang , Selangor

"Ya Allah berkahi para penginfak kami dengan ganjaran pahala dan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yang baik kepada mereka"
1 Sedekah Ramadan bersamaan 10-700 kali ganda pahala.
Ramadan ini, Allah bagi kita peluang.Peluang jadi asbab anak-anak tahfiz menghafaz Al-Quran.
Peluang jadi ‘penyumbang kebaikan’ dengan infak yang mungkin kecil di dunia, tapi BESAR di akhirat.



Sedekah Ramadan Sambil Membantu Golongan yang memerlukan
Ada diantara anak tahfiz disini adalah anak yatim, asnaf dan fakir miskin. Ada yang kehilangan ayah, ada yang kehilangan ibu, dan ada juga yang, tiada mak, tiada ayah.
Sabda Nabi Muhammad SAW "Sedekah Lebih Afdhal Ialah Pada Bulan Ramadan"
Sedekah Anda Akan Digunakan Untuk
01
Pembangunan dan baik pulih bangunan tahfiz
Pertama, Tahfiz sedia ada rosak dan uzur di makan anai-anai.
Kedua, ruang yang sempit dengan hanya 2 bangunan seteres untuk menampung anak tahfiz.
Ketiga, bangunan tidak selamat kerana terlalu uzur.

02
Perbelanjaan makan minum keperluan anak tahfiz
Bantuan anda membantu perbelanjaan makan minum sahur ,buka puasa dan moreh anak tahfiz serta barang keperluan pendidikan al-Quran mereka.

03
Keperluan bil utiliti dan para guru tahfiz
Pengurusan tahfiz tidak bergantung sepenuhnya kepada yuran keran tidak semua pelajar mampu membayar yuran.
Jadi ini beri kesukaran kepada tahfiz dalam mencai dana untuk kos pengurusan.


InsyaAllah pahala yang akan berbalik kepada anda nanti
Firman Allah SWT: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Baqarah: 274)
1. Pahala Anak Tahfiz Hafal Al-Quran
2. Pahala Ilmu yang diamalkan
3. Pahala Orang Bersolat dan beribadah di tahfiz
4. Pahala Memberi Makan dan Minum
5. Pahala mudahkan urusan agama dan Al-Quran
6. Pahala bantu jihad penghafaz al-Quran
Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda.
Tanpa Ragu Bantu MATIZ.
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah – MATIZ (BZH7042) adalah sebuah maahad swasta berdaftar di bawah JAIS.
Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.
Segera bersedekah sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya.
Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH.
Sumbangan secara manual boleh di buat melalui:


TENTANG MATIZ
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah madrasah AL-Quran.
Pada awalnya maahad beroperasi di Hulu Langat, Selangor secara di premis yang disewa sebelum berpindah pada tahun 2016 di Pajam, Negeri Sembilan.
Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Tuan Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan bersama bonda beliau iaitu Puan Puteri Sayang Binti Abdul Ghaffar serta ayahanda beliau iaitu Tuan Mohd Shahridzuan Shashee . Madrasah ini juga merupakan salah satu kepunyaan keluarga Ustaz sendiri.
Segala puji bagi Allah Ta’ala , pada tahun akhir 2017, Madrasah ini diwaqafkan daripada seorang guru di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling iaitu Maulana Ismail Mat Deris.Pada asalnya Madrasah ini juga merupakan salah satu tempat Madrasah lama tetapi Madrasah tersebut telah berpindah menyebabkan tidak beroperasi selama 2 tahun .
Atas kepercayaan Maulana Ismail terhadap al-Fadhil Ustaz, maka ia diwaqafkan untuk Madrasah ini.
Madrasah ini mempunyai dua bangunan panjang seperti bangunan Sekolah Agama Kafa mempunyai tiga bilik guru, asrama, tandas pelajar, surau dan kawasan riadhah. Dan di sini pelajar hanyalah lelaki sahaja. Pengurusan Madrasah ditadbir oleh sebuah jawatankuasa sendiri .
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zaidiyyah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan. Ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pegawai penyeleras MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYYAH : + 6010-799 3710 (Tuan Ustaz Zahid)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.