
Mahukah anda berwakaf untuk muslim terbaik?
Ingatkah anda hadis ini..
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”
Bayangkan apa yang anda dapat bila berwakaf untuk penghafal al-Quran..Satu ayat yang dihafal dan digunakannya seluruh hidupnya anda akan mendapat pahalanya.
Begitu juga saat anak-anak tahfiz ini mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Pahalanya juga akan terus mengalir kepada anda.
Tanpa henti. Selamanya mengalir selagi tahfiz ini digunakan oleh anak-anak tahfiz yang bertempat di Lot 46130 Lorong Sukun, Tanah Gantian, Batu 9, Jalan Sg Tua, 68100 Batu Caves, Selangor. (Maahad utama)
Anak-anak Tahfiz di Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyah (MATIZ) diberikan didikan al-Quran seimbang dengan ilmu akademik.
Ini sebablah wakaf pendidikan anda sangat diperlukan dalam memastikan anak-anak asnaf dan anak tahfiz ini dapat belajar dengan baik disini.
Anak-anak MATIZ yang sedang menghafaz al-Quran.
Bahkan, Wakaf Pendidikan menjadikan umur anda panjang. Maksudnya, walaupun dah tiada tapi pahala amalan masih dapat seolah-olah masih hidup di dunia.
Kenapa? Biasanya setelah meninggal pahala seperti solat , puasa itu semuanya telah habis. Dah tamat.
Hanya yang tinggal amalan yang beri hasil pahala tanpa putus seperti wakaf. Bahkan pahala wakaf juga boleh diberikan ke atas mak ayah kita yang telah meninggal dunia.
Allahu. Bayangkan jika anda membuat wakaf ke atas MATIZ .Pahala apa yang terus akan mengalir untuk anda?
<><> Pahala anak-anak tahfiz yang membaca al-Quran dan menuntut ilmu di MATIZ.
<><> Pahala anak-anak tahfiz yang mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain selepas habis belajar di MATIZ.
<><> Pahala memudahkan semua penghuni MATIZ untuk membuat aktiviti pembelajaran dengan baik dan selesa.
Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda.
MATIZ , tahfiz yang diiktiraf oleh negeri Selangor sebagai tahfiz yang berdaftar dan dipantau oleh kerajaan negeri.
Sijil Pendaftaran dengan Pejabat Agama Selangor
Bahkan, pelajar yang menuntut di MATIZ ialah mereka dari beberapa negeri di seluruh Malaysia.
Antara beberapa tenaga pengajar di MATIZ ialah
- Al-Fadhil Ustaz Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan
- Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Bin Abdul Razak al-Hafiz
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fitri Hanafi Bin Abdul Rahim
- Al-Fadhil Ustaz Shafiqurrahman Bin Haji Abdul Rasheed al-Hafiz
Inilah antara keperluan yang akan dimanfaatkan oleh wakaf anda kepada MATIZ.
![]()

- Pengubahsuaian Bangunan – Pengubahsuaian dan naik taraf bangunan termasuk bilik kuliah, pejabat, asrama dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
- Pendidikan – Bantuan pembelian buku, alat bantu pendengaran dan sebagainya.
- Keperluan pelajar– Perbelanjaan makanan, utiliti dan pengurusan pihak tahfiz.
Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.
Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya."
(HR Muslim).
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Sumbangan secara manual boleh di buat melalui:
MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYYAH
5625 0852 1290 (MAYBANK)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.