PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYYAH
Penubuhan Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) pada tahun 2017 bertujuan melahirkan generasi masyarakat Al-Quran yang berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, serta mampu membawa serta menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat.
MATIZ juga ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat terhadap pengajian agama secara lebih sistematik untuk anak-anak mereka. Sistem pendidikan MATIZ menekankan kedua-dua Hafazan & Akademik.
Buat masa ini, MATIZ mempunyai 2 cawangan dan maahad utama di Lot 46130 Lorong Sukun, Tanah Gantian, Batu 9, Jalan Sg Tua, 68100 Batu Caves, Selangor.
Sijil Pendaftaran dengan Pejabat Agama Selangor
MATIZ beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajarnya di asrama yang lengkap dengan infrastruktur yang lengkap.
Sambutan masyarakat terhadap MATIZ amat menggalakkan. Pelajar yang sedang menuntut di MATIZ ialah mereka dari beberapa negeri di seluruh Malaysia.
Antara beberapa tenaga pengajar di MATIZ ialah
- Al-Fadhil Ustaz Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan
- Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Bin Abdul Razak al-Hafiz
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fitri Hanafi Bin Abdul Rahim
- Al-Fadhil Ustaz Shafiqurrahman Bin Haji Abdul Rasheed al-Hafiz
Bagaimana Dana Akan DiManfaatkan?
Sumbangan dan dana yang dikutip akan digunakan untuk pembangunan MATIZ. Secara kasarnya, setiap sen akan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut
- Pengubahsuaian Bangunan – Pengubahsuaian dan naik taraf bangunan termasuk bilik kuliah, pejabat, asrama dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
- Pendidikan – Bantuan pembelian buku, alat bantu pendengaran dan sebagainya.
- Makanan & Minuman – Perbelanjaan untuk makanan dan minuman berkhasiat untuk pelajar.
- Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
- Pengurusan – Perkhidmatan penyelenggaraan dan pengurusan untuk memudahkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Kenapa Sumbangan Anda Yang Dermawan Amat Diperlukan?
Ramai pelajar datang dari keluarga susah, asnaf dan ada juga anak luar nikah. Mereka tidak mempunyai kewangan yang baik untuk menampung kos pendidikan asas seperti kos makanan, buku dan asrama. MATIZ juga sentiasa menjalankan proses membaik pulih bangunan yang sudah usang dari semasa ke semasa.
Saban tahun bilangan pelajar semakin bertambah, dan lokasi bangunan semasa yang kami duduki ini pastinya tidak mampu menampung kehadiran pelajar dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang. Kami sentiasa perlu meningkatkan kemudahan kami untuk memberikan persekitaran pendidikan yang lebih baik.
Namun, bagi merealisasikan impian ini, kami memerlukan sokongan dan bantuan kewangan bagi menampung kos penyelenggaraan sekolah, meringankan kos pembangunan dan pembinaan semula.
Sasaran Sumbangan
Dana sasaran yang diperlukan untuk pembangunan dan penyelenggaraan ialah RM500,000.00. Dana itu akan digunakan untuk pengubahsuaian bangunan, penambahbaikan pendidikan, utiliti bulanan, makanan dan minuman, dan pengurusan sekolah.
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:
MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYYAH
5625 0852 1290 (MAYBANK)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.